26 : Jamuan Raya KMM - FARAHZ

15 August 2014

26 : Jamuan Raya KMM

#inisemuafake

Assalamualaikum . First and foremost , jangan tanya kenapa caption gambar macam tu . Teruskan baca sampai habis untuk tahu pengakhirannya . Hahaha . 

By the way , hari ni KMM sangat baik hati sponsored jamuan raya untuk blok . Jimat duit , tak payah beli makanan untuk makan malam . Nak kata best , tak adalah best mana , nak kata tak best , tak adalah bosan sangat . So far so good . Since pakai sistem undian , so jamuan blok A4 gabung dengan blok A1 , A2 dan satu-satunya blok lelaki bujang trang tang tang , blok C3 .Bujanglah kan , semua tak pegang status bapak orang lagi walaupun muka masing-masing matured sangat -.-'

Makanan pun okay , not bad . Benda free , memanglah sedap . Cuba kalau kena bayar , mesti banyak bunyi . Tak sedap lah , kurang manis , kurang masin , kurang pahit , segala kurang ada . Persembahan pun okay , aku rasa tak mengarut sangat . Cuma entah kenapa rasa hambar .

#inipunfakejuga

Dah kata jamuan raya , mesti semua nak vogue the vass , baju lip lapliplap mak oii macam letak berlian Swarovski , shawl belit sana sini , macam macam fashion pun ada . Aku aje haa hambar semacam , baju pun pakai baju pergi kuliah hari-hari aje . Shawl pun alahai , keluar fresh dari almari , tak gosok pun sebab malas . Siapa pun lah nak tengok . Haaa .

Dan bila kata jamuan raya , semua orang pakai vogue the vass gittew (kecuali aku laaa) , so selfie dengan welfie pun mesti banyakkan . Itu benda normal . Atas sebab dah tak tahu nak cerita apa sebab rasa hambar sangat hari ni and sebab esok kena pergi Safari Wonderland untuk buat experiment Biodiversity II and sebab esok kena pusing satu Safari Wonderland tu dengan group yang telah cikgu tetapkan , maka aku mengundurkan diri dulu . Nah , layan aje selfie . Ehem , aku sedar aku paling rendah dalam kalangan roommates aku . Takpe , cikgu aku cakap rendah itu comel . Sekian .


1


2


3


4


5


6


7


8


9


10

Tak payah nak terkejut sangat . Hakikatnya semua roommates aku SENGET . Sengaja letak gambar baik-baik fake semata dekat awal-awal entri . Haha .

Okay dah tu , cukuplah stalk anak-anak dara orang . Good bye people . Assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment

Inappropriate comment will be removed. Thank you :)